Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Bergelar penyanyi di usia muda, penyanyi kanak-kanak Tegar Septian yang dahulu kisahnya pernah tular kini sudah berusia 19 tahun dan telah berkahwin.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ itu bernikah pada 20 Mac lalu bersama seorang gadis bernama Sarah Sheilka yang berusia 23 tahun.

Terbaru, dikhabarkan penyanyi dari Subang, Indonesia itu sudah selamat menimang cahaya mata pertama iaitu seorang bayi lelaki.

Tahniah! Tegar dah jadi ayah

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Tegar menerusi entri di Instagram miliknya dengan berkongsi semula foto dirinya dan bayi yang dimuat naik oleh rakannya.

Teruja sambut zuriat pertama

Memetik laporan Harian Metro, Tegar belum mengumumkan nama anaknya itu selain kelihatan ceria di samping anak tercinta.

Sebagai rekod, dia melakar sejarah tersendiri kerana memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi jalanan pada usia 11 tahun sebelum menjadi penyanyi terkenal.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Harian Metro & Tegar Septian via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *