Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

PEMERGIAN pelakon Ashraf Sinclair pada pagi Selasa memberi tamparan hebat kepada isterinya Bunga Citra Lestari.

Seperti dipetik Detik.Hot, Bunga turut menempah dua liang lahat secara bersebelahan di tanah perkuburan San Diego Hilss.

Perkara itu diberitahu Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hilss, Suziani Japardy yang mendedahkan pelakon wanita itu mahu disemadikan bersebelahan kubur suaminya selepas meninggal dunia.


Bunga Citra Lestari masih bersedih dengan pemergian suami.

“Benar, BCL mahu berdampingan dengan suaminya. Itu sudah direncanakan oleh dia,” katanya.

Tambahnya, tempahan tersebut dibuat menerusi pengurusnya Doddy dengan harga Rp 260 juta atau RM75,000.

“Beliau tak mahu single. Dia mahu berdampingan dengan suami. Pengurusnya yang menghubungi saya,” ujarnya.

Bunga sampai di tanah perkuburan San Diego Hill. FOTO DETIK HOT.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kawasan semiprivat di tanah perkuburan tersebut.

“Kubur yang ditempah khudus untuk dua orang ini ada pembatas kiri dan kanan.

“Pihak BCL menghubungi kami pada pukul 7 pagi Selasa,” ujarnya.

Allahyarham meninggal dunia pada pagi Selasa akibat serangan jantung.

Ashraf meninggalkan seorang balu, Bunga Citra Lestari dan anak Noah Aiden Sinclair, 10.

Cinta Sejati

Apa kata anda? Dah baca, sila like share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *