Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan umat Islam bagi mengadakan doa selamat dan solat hajat.

Tujuan tersebut adalah untuk mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar diberi kebijaksanaan dalam membuat keputusan demi agama dan bangsa.

Perkara itu dititahkan menerusi laman Instagram rasmi baginda dengan memuat naik sekeping gambar ayahandanya, malah bersempena kelebihan bulan Rejab yang mempunyai kemuliaan di sisi Allah SWT.

“Sempena kelebihan di bulan Rejab ini, iaitu bulan yang disabdakan oleh Nabi SAW “adalah bulan Allah SWT” bulan yang didalamnya penuh dengan rahmat kasih sayang dan keampunan daripada Robbul Jalil.

“Istimewanya lagi pada malam Jumaat ini, penghulu bagi segala hari.. Hari yang harap dimakbulkan oleh Allah SWT daripada doa sekalian hamba-hambaNya.

“Dengan ini memohon sekalian umat Islam di negeri Pahang khasnya, mendoakan YDPA dan sekalian Raja-Raja Melayu agar diberi pembukaan dan kebijaksanaan daripada Allah SWT untuk membuat keputusan yang terbaik demi agama & rakyat di tanah air yang kita cintai.

“Mudah-mudahan Kebawah Duli-Duli Tuanku sentiasa berada dibawah perlindungan dan pemeliharaan Allah SWT dengan rahmat dan kasih sayangNya.. Ameen Ya Robbal ‘Aalamin,” titah baginda.

Semoga Allah berikan kemudahan 

Amin, Daulat Tuanku

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber:OMM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *