Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal berkenan tidak menerima Elaun Diraja bagi tempoh enam bulan bermula bulan ini hingga September 2020 untuk disumbangkan ke Tabung COVID-19 Pahang.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Dato’ Ahmad Khirrizal Ab Rahman menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Baginda turut bertitah agar bantuan yang dicadangkan dan diluluskan menggunakan Tabung Covid-19 dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Sumbangan Elaun Diraja 

Baginda juga berharap supaya rakyat negeri Pahang menjaga kesihatan diri dan keluarga serta mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh pelaksanaan dijalankan.

Terbaikk lahh, Handsome dan berhati mulia

Ini yang kita mahukan bukan pertikaikan rezeki golongan lain

Daulat Tuanku!

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *