Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selesai menjalani kursus ketenteraan di United Kingdom pada Disember lalu, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah kembali berkhidmat di tanah air.

Menerusi laporan media tempatan, baginda berkenan turun padang bagi menghadiri pelbagai program yang dianjurkan di sekitar Pahang demi bertemu serta beramah mesra dengan rakyat tercinta.

Terbaru, sekeping gambar baginda yang kelihatan sedang bersantap menikmati juadah nasi lemak di sebuah warung menjadi tumpuan warganet untuk memberikan komen.

“Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bersantap Nasi Lemok Sotong Selambok di Pekan Riverfront, petang tadi (dua hari lalu).

“Aokmer rodong-rodong Pekan dah cuba? Besor amat sotongnya. Se’eh perut kalau dapat sotong besor gitu!,” tulis kapsyen posting berkenaan.

Rata-rata netizen terliur dan mengakui kelazatan setelah melihat menu tersebut selain memuji keperibadian Tengku Hassanal yang tidak lekang dengan senyuman yang manis.

Sedap sangat tu

Terliur rase!

Daulat Tuanku!

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: Mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *