Dalam kalangan kenalan atau rakan mesti ada seorang dua yang jenis mudah terhibur kan? Walaupun dari jauh nampak diam atau bersopan santun sahaja, tapi pantang tengok benda kelakar sikit terus meletus ketawanya.
Selain kerja tak menjadi, reaksi spontan mereka ini juga boleh membuat orang lain terhibur seperti seorang gadis ini.
Nak buat video pendek pun susah, gelak sampai berpusing ‘menyapu’ lantai
Menerusi Twitter Abang Skema, sebuah video di kawasan sekolah yang tular memaparkan 2 gadis sedang menjalani penggambaran sebuah video pendek.
Akan tetapi, sesi itu terganggu apabila si gadis bertudung merah tidak dapat menahan tawa setiap kali tiba babaknya.
Apa yang lebih menghiburkan adalah caranya ketawa sambil berpusing sebelum terjelepok ke lantai.
Ketawa dia lagi hebat rupanya… Kalau bawak pegi pasar, mau habis kaki orang dibentesnya
Video berdurasi 17 saat itu meraih lebih 86 ribu tontonan dan lebih 3 ribu retweets sejak ia dikongsikan dua hari lepas.
Ini antara respon netizen di Twitter.
Terkejut aku tengok
Cara dia pusing tu, tak sakit badan ke?
Habis sapu lantai
Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima Kasih.
Sumber: Twitter Abang Skema via Erin Sakura