Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Banjir di Johor semakin memburuk dengan lebih 5,818 mangsa telah dipindahkan di beberapa daerah termasuk Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Batu Pahat.

Terbaru, dalam video dikongsikan Info Roadblock JPJ/Polis, seorang penunggang motosikal dipercayai di Kota Tinggi, Johor telah tergelincir dalam arus banjir apabila motosikal ditunggangnya terbalik ke bahu jalan.

Keadaan itu dikatakan berpunca daripada arus deras yang memenuhi sebatang jalan dari Mawai menghala ke Tugu Udang.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan selamat.

Rakaman pada saat ke 26 menjadi gelap dan kelam kabut dipercayai kerana perakam sedang membantu menyelamatkan mangsa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan perakam yang dipercayai bertindak terus membantu mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Terbaik, terus bertindak

Bagus tukang rakam ni.

 

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis via SK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *