Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Dalam kehidupan, kita digalakkan melakukan kebaikan kepada semua makhluk Allah SWT tanpa mengira bangsa, warna kulit, rupa dan sebagainya. Malah jika kita memberi makan kepada haiwan seperti kucing kesayangan kita pun, sudah besar nilai ganjaran di sisi Allah.

Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi kisahnya di laman sosial Twitter sewaktu dalam perjalanan menuju ke satu destinasi.

Sebaik sahaja kereta dipandu bapanya menyusur keluar dari RnR Simpang Pulai, dia terus merakam aksi seorang pemuda yang berlari di tepi lebuh raya dalam keadaan hujan lebat.

Kenapa berlari2 dalam hujan?

Menurut penjelasan gadis yang menggunakan nama @intansyazwanii berkenaan, difahamkan pemuda itu berlari keluar dari kawasan Petronas dan tercari-cari sesuatu sebelum terus berlari ke arah lebuh raya.

Justeru, firasatnya mengatakan bahawa pemuda tersebut mungkin sudah ditinggalkan oleh bas yang perlu dinaikinya.

Disebabkan berasa kasihan, dia meminta bapanya menumpangkan pemuda itu. Namun, apa yang lebih menyedihkan gadis itu adalah kelibat motosikal yang lalu-lalang tidak terpikir mahu bertanya keadaan pemuda malang terbabit.

“Bayangkanlah dia berlari dalam hujan pakai jubah kurta, sambil call office bas yang dia naik nak bagitahu yang dia tertinggal bas,”

Bapanya yang tidak sampai hati, memberhentikan kereta dan menumpangkan pemuda itu yang berada dalam keadaan basah lencun sambil menggigil kesejukan.

Apabila ditanya dengan lebih lanjut, rupa-rupanya memang benar dia ditinggalkan bas dan seorang diri menaiki bas dalam perjalanan dari Jitra pulang ke Seremban.

Berkat daripada pertolongan gadis itu dan bapanya, pemuda tersebut telah menjumpai dan selamat menaiki basnya semula.

Gadis itu turut berkongsi rakaman saat-saat pemuda tersebut menaiki bas. Mesti keluarga dia tak sabar menunggu kepulangannya!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan dua beranak itu. Malah, tidak ketinggalan juga ada yang berkongsi kisah pernah menghadapi nasib sama seperti pemuda berkenaan.

Bila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita juga. Moga kisah ini menjadi contoh buat kita semua.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Twitter @intansyazwanii via OMM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *