Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidilfitri.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pasukan khas yang turut dianggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu ditugaskan untuk melakukan pemantauan di kawasan perumahan dan kampung di seluruh negara.

“Arahan telah dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Negeri untuk mengambil tindakan
Sebelum ini, Ismail Sabri berkata tindakan kompaun kini boleh dikenakan oleh PDRM ke atas individu yang ditahan kerana merentas sempadan negeri tanpa kebenaran.

Pada 3 Mei, Ismail Sabri berkata orang ramai boleh membuat laporan polis jika terdapat pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata tindakan ini dapat membantu kerajaan memastikan arahan dan SOP yang dikeluarkan, dipatuhi.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *