Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pemergian bapa kepada kanak-kanak yang fasih bercakap dalam loghat kedah, Adyna Summayyah pada Jumaat lalu mengundang sayu warganet di media sosial.

Terbaru, video tangisan kanak-kanak yang mesra dipanggil Mayah itu dikongsi di laman Instagram sehingga menimbulkan rasa sebak netizen.

“Mayah kuat ya. Nama Mayah, ayah yang bagi. Harapan ayah satu hari nanti, Mayah sehebat Saidatina Sumayyah. Al-fatihah untuk ayah,” tulis kapsyen pada posting tersebut.

Menerusi rakaman 35 saat tersebut, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu kelihatan menangis teresak-esak selain meluahkan kerinduan terhadap arwah bapa sebelum dipujuk ibunya.

“Doa banyak, jangan tinggal solat. Mak pun rindu juga. Ni kain pelikat ayah ada. Ayah baik kan. Ayah adik kuat,” kata ibunya.

Posting tersebut dipenuhi kata-kata semangat peminat dan pengikut Mayah selain mendoakan supaya Allahyarham ditempatkan dalam golongan yang beriman.

Mayah kuat naa, ramai sayang sumayyah

Kalau akak kat tempat adik, akak pun tak kuat

Acik yang tengok pun rasa sedih

Kuat ya adik sayang

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: OMM via instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *