Sedih Viral

Tipu Isteri 3 Bulan, Suami Pura-Pura Keluar Awal Pagi Padahal Dah Dibuang Kerja

Penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia nyata memberi impak cukup besar. Malah kekangan sepanjang tempoh suram itu menyaksikan ada antara kita yang tidak bernasib baik apabila diberhentikan kerja.

Hakikat itu didedahkan sendiri oleh seorang lelaki menerusi satu panggilan radio Suria FM pada pagi tadi.

Gambar sekadar hiasan

Tak sanggup tipu bini, pura-pura keluar setiap pagi padahal dah dibuang kerja..

Perkongsian individu berkenaan menceritakan bagaimana dia diberhentikan kerja itu turut menjadi bualan netizen di media sosial.

Apa yang meruntun jiwa apabila dia terpaksa menyembunyikan hal itu daripada pengetahuan isterinya sehingga nekad berpura-pura keluar bekerja pada setiap pagi selama tiga bulan.

Tak sampai hati & serba salah nak bagitau isteri dah dibuang kerja. Saya keluar pakai macam biasa tapi sebenarnya ada baju salin lain dalam motor.

“Isteri tahu saya dapat interview, tapi dibuang kerja saya tak beritahu..”

Bagaimanapun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk mencari pekerjaan baru sepanjang tempoh tersebut.

Siapa sangka, usaha keras itu membolehkan dia dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga di sebuah syarikat.

Gambar sekadar hiasan

Berkongsi dengan lebih lanjut, isterinya hanya mengetahui tentang panggilan interview yang diterimanya. Namun bukan soal diberhentikan daripada pekerjaannya sebelum ini.

Nak dijadikan cerita, 14 September saya dapat kerja. Dapat interview saya beritahu, dibuang kerja isteri tak tahu. Cuma nak nasihatkan siapa-siapa yang dibuang kerja, percayalah dengan diri sendiri.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki pendengar ini. Tabah betul 💪🏻

Ini antara komen netizen.

Semoga dimurahkan rezeki

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima Kasih

Sumber : Facebook Suria FM via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *