Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Jangan main-main dengan peminat Kpop terutama sekali army BTS, baru-baru ini pelakon jelita Tiz Zaqyah telah ‘diserang’ selepas memberi pendapatnya mengenai lagu kumpulan BTS ‘Dynamite’.

Tiz kena maki dengan army BTS

Tiz menyifatkan lirik lagi baru kumpulan BTS itu dituju dan ditulis sememangnya sesuai untuk kanak-kanak, ketika memberi maklum balas di Twitter mengenai satu tweet yang mengkritik lagu tersebut.

“Memang lagu untuk budak-budak, kan? Ia ditulis untuk memudahkan budak-budak faham…”

“Apa salahnya dengan kenyataan saya? Takkan nak lirik macam lagu limp bizkit chocolate starfish and the hotdog flavored water, kot?…”

“Jadi, apa salahnya saya cakap tu wahai Army BTS? Kurang ajar betul korang ni. BTS kalau tahu korang kurang ajar macam ni tak malu ke?…”

 

Akan tetapi, pendapat Tiz itu mendapat kritikan daripada Army BTS sehingga ada yang mengeluarkan kenyataan jelik kepada pelakon tersebut.

Mungkin sahaja ini adalah salah faham, diharapkan janganlah kerana artis kesayangan kita sampai nak bertikam lidah.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.

Sumber : Tiz Zaqyah via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *