Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Nama tokoh penulis Kelantan, Ustaz Abdullah Al Qari Haji Salleh, mungkin masih asing dalam masyarakat, namun pada siapa yang mengenali, beliau merupakan ilmuwan yang dikenali sebagai penggerak Sunnah Nabi SAW.

Bagaimanapun, hari ini dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Abdullah Al Qari Haji Salleh telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Kmalangan melibatkan dua buah kereta

Menerusi satu perkongsian di Facebook, kejadian yang berlaku di hadapan istana negeri di Kota Bharu melibatkan dua buah kereta.

Diberitahu, nyawa Ustaz Abdullah Al Qari tidak dapat diselamatkan dan beliau disahkan mninggal dunia dalam kmalangan tragis tersebut.

Sempat solat subuh berjemaah

Difahamkan lagi, sebelum nahas berlaku beliau dalam perjalanan pulang selepas selesai menunaikan solat subuh berjemaah di masjid pagi ini.

Sebagai rekod, Abdullah Al-Qari ialah Guru Kreatif (1994), Tokoh Agama (Tokoh Hijrah Ar-Rasuul 2004)dan Tokoh Maulid Ar-Rasuul 2005), Pujangga Islam (2005) yang melahirkanbanyak dan berbagai karya berunsur Islam juga Tokoh Sunnah Nusantara (2005) yang melahirkan buku-buku berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *