Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Memiliki bibir yang cantik dan mungil itu pastinya menjadi impian setiap wanita. Hal ini kerana, bibir dikatakan sebagai salah satu aset penting untuk meningkatkan keyakinan diri.

Namun perlu dengan cara yang betul, jika tidak mungkin akan berlaku insiden seperti gadis dari Indonesia ini.

Teringin nak miliki bibir mungkil macam orang lain..

Menerusi sebuah klip video tular di aplikasi TikTok @ayurambe01, gadis berkenaan dilihat menyedut penutup botol kononnya boleh dapatkan bentuk bibir yang mungil seperti yang menjadi trend di luar sana.

Bagaimanapun, situasi bertukar panik apabila penutup tersebut tak boleh ditanggalkan.

Sekali ‘terciduk’ gara-gara experiment sedut penutup botol tak menjadi..

Setelah beberapa kali cuba mencabutnya, dia terkejut apabila melihat bentuk bibirnya yang seakan membengkak.

Siapa sangka, perubahan tersebut telah membuatkan wajahnya jadi kurang menawan. Susulan itu, dia akhirnya menyesal kerana terikut-ikut dengan cara tersebut.

Cepat-cepat tuam dengan ais batu sebab cuak takut mak tahu..

Gara-gara merasa perit dan gatal, gadis berkenaan kemudian menuam bibirnya dengan ais batu bagi mengurangkan bengkak.

Malah dia juga sempat meluahkan rasa bimbang jika perkara itu sampai ke pengetahuan si ibu. Meraih lebih dua juta tontonan, ruangan klip video tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi lucu daripada netizen.

Bengkak tu mata..

Pakai botol yakult..

Jadi seksi..

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber : TikTok ayurambe01 via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *