Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Ketika berlaku krisis, negara Turki sentiasa tampil untuk membantu umat Muslim seperti di Palestin atau Syria yang kurang kemampuan dari segi ekonomi dan bantuan perubatan.

Terbaru, negara itu baru sahaja mendirikan sebuah hospital di Gaza bagi penduduk wilayah tersebut dalam melawan wabak Covid-19 yang kini melebihi sejuta kes di seluruh dunia.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas bersetuju untuk membuka sebanyak 180 katil di hospital yang akan beroperasi untuk mengekang penyebaran virus pandemik tersebut.

Jurucakap kerajaan Palestin, Melhem menyatakan penghargaan yang mendalam terhadap bantuan serta sokongan berterusan dari Turki untuk negara mereka.

Setakat ini, Palestin mencatat sebanyak 268 kes positif secara keseluruhan dan terdapat dua kematian dilaporkan manakala 46 pesakit telah sembuh.

Jom lihat apa kata netizen:

Turki memang masih mengalir semangat khalifah Islam dalam diri mereka, ambil berat urusan umat hingga hari ini.

Alhamdulillah ya Allah Bantu la umat Islam d Palestin Dan Negara Islam yg lain juga lindungi la mereka dari wabak ini.Aamiin

Semoga Allah melindungi umat islam di sana daripada wabak dan kekejaman israel laknatullah,Aamiin

Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga didalam lindungan Allah swt

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *