Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Peningkatan jumlah kumulatif positif yang mendadak telah menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) isytihar virus korona sebagai pandemik.

Meskipun pelbagai langkah telah diambil oleh semua pihak, tahap penyebaran wabak ini menjadi semakin kritikal lebih-lebih lagi belum ada vaksin yang dihasilkan.

Jumlah angka yang gugur akibat wabak ini turut dilihat semakin membimbangkan. Namun ketika kekecohan tersebut belum reda, timbul pula persoalan tentang status orang Islam yang hilang nyawa akibat wabak ini.

Terbahagi kepada dua

Bagi menjelaskan persoalan yang berlegar di fikiran orang ramai ketika ini, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah tampil dengan memberikan jawapan.

Beliau mengatakan para ulama membahagikan syahid kepada dua iaitu syahid dunia dan syahid akhirat.

Syahid dunia ialah orang-orang Islam yang mati kerana berperang dengan tentera kafir atau orang kafir dan inilah syahid yang paling tinggi kedudukkannya disisi Allah dan jenazah mereka tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan.

Manakala bahagi yang kedua ialah syahid akhirat yaitu orang Islam yang mati akibat terkena wabak penyakit dan yang mati akibat sakit di dalam perut dan yang mati lemas dan yang mati tertindih suatu yang berat dan besar seperti tertindih banggunan atau tertimbus tanah atau seumpamanya.

Orang-orang kafir yang mati dalam keadaan yang serupa tidak dikatakan syahid.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ : المَطْعُونُ وَالمَبْطُونُ، وَالغَرِيقُ، وَصَاحِبُ الهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ في سَبِيلِ اللهِ

Artinya : “Segala yang mati syahid itu lima yaitu mati kerana wabak taun dan sakit dalam perut dan mati lemas dan mati tertindih dan para syuhadak di jalan Allah.” (Hadith Bukhari & Muslim)

Oleh itu orang Islam yang mati akibat wabak penyakit corona yang sedang melanda dunia sekarang ini boleh dikategorikan sebagai mati syahid akhirat.

Memang benar apa yang saya sebut itu yaitu orang yang mati syahid akhirat yang tersebut di atas akan mendapat ganjaran pahala dari sebab kematiannya itu.

Berkata Imam Nawawi :

قال العلماء : وإنما كانت هذه الموتات شهادة بتفضل الله تعالى بسبب شدتها وكثرة ألمها ، قال العلماء : المراد بشهادة هؤلاء كلهم غير المقتول في سبيل الله أنَّهم يكون لهم في الآخرة ثواب الشهداء وأما في الدنيا فيغسلون ويصلى عليهم

Artinya : “Berkata para ulamak : Sanya adalah segala kematian ini disebut syahid dengan kurnia Allah Taala dengan sebab bersangatan ia pada azab sakitnya. Berkata ulamak : Yang dikehendaki makna syahid pada sekelian mereka ini yang tidak terbunuh pada jalan Allah sungguhnya mereka ini akan mendapat pahala mati syahid di akhirat. Ada pun di dunia maka dimandikan dan disembahyangkan atas jenazah mereka.” (Kitab Syarah Muslim)

Ajal akibat COVID-19 adalah syahid

Berdasarkan penjelasan tersebut, UAI mengklasifikasikan kematian kerana virus korona ini sebagai syahid akhirat. Para ulama juga mengatakan mereka yang gugur ini akan mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak.

Namun begitu jasad mereka tidak akan diuruskan seperti yang syahid dunia dan akan dikafankan serta disolatkan seperti kebiasaannya.

Terima kasih atas perkongsian ilmu ini

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: FB Ustaz Azhar Idrus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *