Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan agar vaksin COVID-19 diberikan kepada rakyat secara percuma.

“Menjelaskan beberapa perkara berkenaan perolehan vaksin COVID-19. Kumpulan berisiko tinggi akan diutamakan seperti saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) contohnya pekerja frontliners (dan) warga emas.

“Kerajaan akan sediakan jadual pemberian vaksin kepada rakyat. Saya tetap cadangkan vaksin diberi percuma kepada rakyat,” katanya menerusi satu ciapan di Twitternya hari ini.

Sebelum ini, Khairy pernah mengumumkan tentang kadar harga vaksin COVID-19 yang bakal diberikan kepada rakyat di negara ini.

“Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantung kepada rundingan.

“Ada beberapa vaksin ditawarkan kepada kita dengan harga AS$5 dan ada juga lebih AS$20. Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksin mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya,” katanya, memetik laporan Astro Awani pada 1 Oktober lalu.

Jom lihat apa kata-kata netizen.

Rakyat cadangkan menteri dahulu diberi vaksin

 

Cuba dlu vaksin kat menteri

Kalau boleh bagi vaksin kat ahli politik dulu

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin, Astro Awani via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *