Viral

Dapat Komen Menghina ‘Manusia Miskin Tinggal Atas Pokok’, Respon Veveonah Ini Memang “Win” Habis

Masihkah anda ingat dengan Veveonah Mosibin? Kisahnya yang sanggup bermalam seharian di atas pokok untuk menjawab peperiksaan online pernah menjadi isu viral di negara kita sebelum ini.

Namun tidak kurang juga, semangat anak jati Kampung Pitas, Sabah ini turut pernah ‘dibawa’ ke parlimen hingga mencetuskan pelbagai respon berbeza daripada pihak-pihak berautoriti.

Terbaharu, semalam beliau memuat naik satu gambar tangkap layar (screenshot) di Facebook yang memaparkan satu komen berbaur penghinaan oleh seorang individu tidak dikenali.

Veveonah menulis hantaran di Facebook berkenaan komen individu itu seperti berikut:-

“Saya terbangun dengan notifikasi ini. Tolonglah, hentikan buli siber. Jangan suka menghukum. Jangan menyebarkan kebencian.”

“Jika kamu kemurungan, cari bantuan daripada seseorang yang kamu percaya, keluarga kamu dan sebagainya. Cuma, jangan menyakiti orang lain. Selamat pagi!”- Veveonah

Ini pula respon beberapa netizen yang turut tidak senang dengan komen tersebut serta bersimpati dengan Veveonah:-

Ignore this type of people…

Dia dengki la tu..

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima Kasih

Sumber: Veveonah Mosibin via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *