Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Rakan rapat kepada pelawak Abam Bocey, Pojie Pidon atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Amiden berkongsi sebuah video yang dirakam tiga hari sebelum arwah meninggal dunia.

Kata Pojie, rakaman tersebut adalah kenangan dan percutian terakhir mereka bersama Abam di Melaka.

Dalam pada itu, Pojie turut mendedahkan keadaan Abam yang sedang demam ketika itu.

“Aku abadikan kat sini..Ni video terakhir (7 Februari 2020) kami bersama Allahyarham #Abam masa ni dalam perjalanan balik Kuala Lumpur dari Melaka.

“Pada asalnya kami nak balik hari je tah macam mana Abam kata jom cari hotel. 

“Jadilah percutian sekejap tak sangka ni percutian terakhir..

“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah. Moga roh Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan @ Abam Bocey ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman insya-Allah.

“Kami sayang kau abang. Kau hargai kami dah macam keluarga,” tulisnya sebagai kapsyen.

Lihat video dibawah:

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Pojie menyedari raut wajah Abam yang kelihatan berbeza dan kepenatan.

Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi semalam (10 Februari).

Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Apa kata anda? Dah baca, jangan lupa like share dan komen ya. Terima kasih

Sumber:omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *