[VIDEO] Oyen Terk3jut Sampai Melompat Tinggi Bikin Berdekah, “Gil4 Ah…”

Kalau bercakap tentang kucing berwarna oren, tentunya ramai yang cukup faham dengan perangai mereka yang lebih nakal dari kucing lain. Baru-baru ini pula, telatah si oyen ini mencuit hati netizen apabila dia melompat tinggi gara-gara terk3jut disergah.

Reaksi kucing tersebut yang terkejut ketika disergah itu turut sama membuatkan netizen berdekah melihatnya. Bukan itu saja, video itu juga tular dikongsikan apabila ianya meraih empat juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing berwarna oren itu dilihat sedang memasukkan kepalanya di dalam sebuah tong yang terbalik di atas jalan. Tidak pasti apa yang dilakukannya, namun kucing itu hampir memasukkan sebahagian badannya di dalam tong tersebut.

Dalam masa yang sama, seorang lelaki sedang memerhatikan gelagat kucing itu dan bersedia untuk menyergahnya. Lelaki itu kemudian perlahan-lahan menuju ke arah kucing tersebut sebelum menyergahnya di situ.

Lebih mencuit hati, kucing itu melompat dengan tinggi gara-gara terk3jut disergah oleh lelaki tersebut. Bukan sahaja melompat tinggi malah dia juga kelihatan seolah-olah sedang terbang disebabkan lompatannya itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi si oyen ini. Ada juga yang tidak menyangka kucing mampu untuk melompat setinggi itu hanya kerana terk3jut.

“Kucing terbang.”

oyen terkejut

“Kita adakan meeting hari ini.”

kucing

“Gila ah terbang dia.”

komen

“Kucing tu sebenarnya boleh terbang tapi cuma pura-pura normal je.”

tik tok

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *