Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Dalam banyak perkara, pasti terdapat salah satu kejadian yang tidak mungkin boleh dilupakan.

Lebih-lebih lagi moment itu tidak disangka akan berlaku seperti detik lucu yang dialami oleh seorang jejaka ini.

Lepak sambil tengok orang mandi-manda…tangan tak pasal-pasal salah ‘landing’ tergolek terus dalam kolam.

Menerusi posting di Instagram, Alief Haiqal telah berkongsi moment dirinya dirakam ketika sedang lepak berhampiran sebuah kolam renang.

Sambil melihat beberapa individu bermandi-manda di situ, jejaka berkenaan sempat menunjukkan simbol peace ke arah perakam video tersebut.

Namun sewaktu ingin meletakkan tangan kembali di tempat asal, pemuda berkenaan tiba-tiba sahaja tergolek masuk dalam pool kecil di tepinya gara-gara tersalah landing.

Tak tahu nak gelak atau kesian…nasib baik kepala tak apa-apa, selamat daripada terkena tembok batu tu

Gelagatnya turut diketawakan oleh beberapa saksi yang di tempat kejadian. Selain pengunjung kolam renang di sana, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi spontan pemuda tersebut.

Namun mereka turut mengatakan dia bernasib baik kerana kepalanya terselamat daripada terkena tembok batu tersebut.

Secara keseluruhan, paparan video lucu itu telah berjaya meraih lebih 22 ribu jumlah tontonan setakat ini.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: Instagram alief.hxiqal via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *