Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Bagi lelaki, wajah yang ditumbuhi kumis, misai atau janggut memang perkara biasa. Tapi kalau tumbuh di muka perempuan, apa pula jadinya?

Walaupun kedengaran pelik, namun sebenarnya ramai wanita di luar sana yang memiliki bulu-bulu di bahagian atas bibir dengan agak lebat.

Ini sekali gus menjadi tarikan utama mata-mata orang apabila mereka berkomunikasi. Malangnya, sedikit sebanyak ia mengundang rasa insecure lagi-lagi jika mereka sering diusik kononnya mempunyai muka ala-ala lelaki.

Wanita berkumis rasa insecure? Tak kurangkan sedikit pun ciri feminin

Namun, keunikan tersebut bukanlah bermakna anda tidak cantik. Bahkan, ia tidak mengurangkan sedikit pun ciri-ciri feminin pada diri sendiri.

Dalam sebuah video pendek yang viral ini, seorang gadis juga menarik perhatian ramai apabila dia begitu berkeyakinan mendedahkan mukanya yang berkumis.

Bukan hanya sikit-sikit, malahan bulu berkenaan tampak seperti misai lelaki biasa. Akan tetapi, dia masih terlihat sangat manis dan meraih pujian lebih-lebih lagi apabila melemparkan senyuman ke arah kamera.

Kalau bulu tumbuh secara serius, disarankan jumpa doktor

Mungkin ada yang risau dengan keadaan bulu lebat di bahagian atas bibir, namun sebenarnya ia adalah perkara biasa sahaja. Mengikut istilah perubatan, situasi anggota tubuh wanita yang ditumbuhi banyak bulu juga digelar sebagai hirsutism.

Gambar sekadar hiasan

Ia kerap berlaku di fasa umur dalam waktu subur. Tapi andai kata pertumbuhan itu berterusan secara serius khususnya pada kanak-kanak yang belum matang atau sebelum usia perempuan menopause, doktor menyarankan anda membuat pemeriksaan lanjut.

Ini respon netizen.

Kenapa orang tak boleh nak menormalkan benda macam ini

Saya dapati ini menarik (cantik)

Manisnya

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima Kasih

Sumber : TikTok austinieee-j & Blog Dr Zubardi via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *