Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Berpakaian dan rambut diikat kemas siap memakai gincu berwarna merah jambu, begitulah gambaran keadaan seorang kanak-kanak perempuan ditemui sedang menangis di tepi jalan di Prima Saujana, Kajang, hari ini.

Kanak-kanak itu dijumpai oleh seorang peniaga, Upik Ilias, 49, yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Kantan, Kajang pada 2.40 petang.

Cuba nak melintas jalan

Upik dan suaminya, Iskandar Munir, 53, terserempak dengan kanak-kanak yang dilihat seperti mahu melintas jalan. Risau dengan keselamatan anak itu, pasangan itu membuat pusingan U di laluan berkenaan untuk melihat keadaannya.

“Ketika kejadian, saya dan suami Iskandar Munir, 53, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar barang di Nilai 3, Negeri Sembilan sebelum terserempak dengan kanak-kanak itu.

“Dia dilihat berseorangan seperti mahu melintas jalan lalu meminta suami membuat pusingan U di laluan berkenaan untuk melihat keadaan kanak-kanak terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dia nampak takut

Ketika dijumpai, Upik berkata kanak-kanak itu kelihatan takut. Apabila ditanya, dia menjawab, namun percakapannya tidak begitu jelas dan tidak dapat difahami.

“Dia juga kelihatan takut. Apabila ditanya, dia menjawab, namun percakapannya tidak begitu jelas dan tidak dapat difahami.

“Saya dan suami kemudian membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Setakat ini, kanak-kanak itu belum dituntut dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenalinya diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Nasib baik jumpa dekat orang baik

Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM via Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *