Suatu ketika dahulu, Jawi merupakan medium penulisan yang digunakan oleh setiap orang tanpa mengira bangsa atau agama.
Kini, tulisan ini hanya didapati melalui buku teks sekolah atau seni tulisan khat. Walau bagaimanapun, ramai sebenarnya tidak tahu bahawa ia juga boleh digunakan dalam pertuturan seperti yang dipraktikkan oleh wanita ini bersama keluarganya.
Gambar sekadar hiasan
Selalu berbual dengan keluarga dalam Bahasa Jawi… sebut dengan mengeja setiap perkataan
Menerusi TikTok, Anis Farhani menjelaskan mengenai Bahasa Jawi yang sering digunakan dalam percakapan harian.
Menurut wanita berusia 21 tahun berkenaan, bertutur dalam bahasa tersebut bermaksud seseorang itu perlu mengeja setiap perkataan menggunakan huruf Jawi dengan pantas.
Susulan itu, Anis membuat demo dengan bersembang bersama ibunya di dalam kereta. Dalam kapsyen pula, wanita ini sempat berseloroh bahasa tersebut boleh digunakan jika mahu bergosip dengan orang.
First time dengar macam Bahasa Siam… Cakap pun dah macam buat coding
Video berdurasi 55 saat itu turut menjadi tular di Twitter sehingga meraih lebih 300 ribu tontonan dan lebih 10 ribu retweets setakat ini.
Selain memuji kefasihan wanita berkenaan, ramai juga netizen akui tidak pernah dengar pertuturan sedemikian dan menyangka ia merupakan Bahasa Siam pada mulanya.
Ini antara komen netizen di tiktok.
Tak pernah dengar orang cakap jawi
Saya dengan mak saya pun macam tu
Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima Kasih.
Sumber: TikTok anisfarhaniiaf via Erin Sakura