Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kemelut yang melanda dunia berkaitan Covid-19 ini sememangnya amat menakutkan. Peningkatan kes yang agar tinggi setiap hari di Malaysia bukan sahaja menggusarkan, malahan turut merencatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Di negara ini sudah mencatatkan dua kematian dan ratusan lagi disahkan positif. Ini menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai kes positif Covid-19 yang ramai.

Tadah tangan doakan Malaysia

Susulan daripada khabar duka dari Malaysia ini, Naib Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Prof Dr Zainur Rashid di Facebooknya telah muat naik satu video yang diperoleh daripada masyarakat Palestin yang mendoakan kesejahteraan buat Malaysia.

Para wanita Palestin itu dilihat duduk sambil menadah tangan dan berdoa agar isu Covid-19 yang sedang melanda Malaysia dapat ditangani.

Terima kasih saudaraku

Susulan daripada video tular tersebut, rata-rata rakyat Malaysia yang melihat video itu telah mengucapkan ribuan terima kasih diatas ikhtiar serta doa itu.

Masing-masing mengakui berasa terharu kerana ketika Malaysia sedang diuji pula, masyarakat Palestin tidak pernah melupakan negara kecil ini.

Jom lihat video penuh dibawah:

Besarnya jiwa merekaPara wanita dari negara Palestin yang dijajah regim zionis Israel, mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat keseluruhan rakyat Malaysia daripada wabak coronavirus (Covid-19).Ikuti catatan perkongsian di Telegram, Blog & Facebook• Telegram : t.me/zainurrashid• Blog : zainurrashid.com• Facebook : fb.me/ProfDrZainurRashid..

Posted by Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin on Wednesday, 18 March 2020

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: BorakDaily & FB Prof Dr Zainur

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *