Sedih

30 Tahun Menanti, Warga Emas Jaga Anak OKU Menangis Dapat Bekalan Air Bersih

Seramai 150 penduduk Kampung Tok Puchong di Kelantan meluahkan rasa syukur apabila penantian lebih 30 tahun untuk mendapatkan bekalan air paip akan berakhir.

Menerusi laporan Harian Metro, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)  telah menyalurkan bekalan air ke sembilan kediaman sebagai permulaan.

Setelah lama menanti, rata-rata penduduk di kawasan itu cukup teruja apabila air bersih keluar dari paip di luar dan dalam rumah.

Menangis dapat bekalan air bersih

Bagi salah seorang penduduk, Ismail Hamat, 67, berkata, sebelum adanya saluran air paip, dia terpaksa berulang-alik beberapa kali dengan menunggang motosikal membawa tong 10 liter ke mesin air bertapis kira-kira 300 meter dari rumah.

Tidak menyembunyikan rasa terharunya, warga emas ini sehingga mengalirkan air mata kerana kini dia dan keluarga tidak perlu risau lagi mahu menggunakan air dan boleh mandi beberapa kali.

“Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami sebaik melihat air bersih keluar daripada paip dan disebabkan terlalu teruja, saya berkumur beberapa kali dan membasuh muka kerana ia tidak lagi masin serta payau seperti air telaga tiub sebelum ini…”

Ulang-alik angkut air

Tambah Ismail lagi, pinggan mangkuk sudah tidak lagi berkarat dan pakaian juga akan kembali bersih tanpa warna kekuningan kerana dapat dicuci dengan air bersih.

Sebelum ini, media melaporkan warga emas ini perlu berulang-alik setiap hari membeli air bersih untuk kegunaan mereka enam beranak termasuk dua anak istimewanya.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Harian Metro (Siti Rohana Idris) via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *