Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Tiga hari lepas, pelakon kelahiran Yong Peng, Johor, Yana Samsudin telah memuat naik kondisinya yang sudah dimasukkan ke hospital bagi menjalani proses bersalin cahaya mata kedua.

Timang anak kedua

Sebentar tadi, suami kepada pelakon tersebut yang juga adik kepada Datuk Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari memaklumkan bahawa isterinya sudah selamat melahirkan bayi perempuan.

Dalam posting ringkas di laman Instagram miliknya, Fadzil turut berkongsi gambar bersama anak perempuan mereka selepas menanti hampir empat tahun untuk mendapatkan zuriat kedua.

Dia juga mengucapkan rasa syukur kerana semua urusan isterinya dipermudahkan dan sempat berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan mereka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah memberi ucapan tahniah kepada pasangan tersebut atas kelahiran ahli keluarga baru.

Mereka turut mendoakan agar bayi comel tersebut membesar menjadi anak yang solehah selain mengucapkan selamat berpantang buat Yana.

Tahniah dapat anak perempuan

 

Wah dah ada sepasang

Selamat berpantangĀ 

Terdahulu, pasangan tersebut berkahwin pada 2015 dan dikurniakan cahaya mata pertama Aisy Mateen pada tahun 2016.

Selepas anak sulung berusia empat tahun, Yana telah membuat pengakuan kepada media yang dia sedang hamil anak kedua dengan usia kandungan mencecah lapan bulan.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Fadzil Zahari via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *