Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sejak selebriti terkenal Neelofa memaklumkan dirinya sudah berniqab, ramai yang meluahkan rasa syukur dan gembira atas penghijarahan tersebut.

Rata-rata mereka mengakui bahawa tindakan selebriti yang juga seorang usahawan itu memberikan inspirasi buat ramai orang terutamanya golongan wanita untuk berubah kearah lebih baik.

Hijrah demi kebaikan

Menerusi laporan Harian Metro, seorang lagi pelakon wanita yang pernah popular dengan drama Dunia Baru satu ketika dahulu iaitu Yatt Hamzah juga memberi bayangan sudah berpurdah.

“Saya dah mula pakai purdah sejak PKP lagi dan ketika PKPP, saya pakai hampir setiap hari ketika menghantar dan mengambil anak dari sekolah.”

“Sebelum ini, saya pakai pelitup mulut dan hidung. Tapi, apabila fikirkan semula, baik saya berpurdah saja sebab lebih selesa. Jadi, saya mula perlahan-lahan,” katanya.

Pernah suarakan hasrat berpurdah

Sebelum ini juga, Yatt pernah menyuarakan hasrat memakai purdah menerusi Instagramnya namun belum mempunyai kekuatan berbuat demikian.

Perkara tersebut susulan daripada melihat perubahan yang menggembirakan Neelofa apabila tampil berniqab baru-baru ini.

Cuma mahu elak fitnah

Dia juga mengakui pernah menyuarakan hasrat tersebut kepada suami tercinta dan mendapat sokongan penuh daripadanya.

“Saya ada luahkan hasrat untuk berpurdah kepada suami dan dia pun sokong. Bukan sebab saya terlalu cantik atau wajib, tapi sebab memakai purdah, banyak perkara seperti fitnah boleh dielakkan,” ujarnya.


Doakan istiqamah

Selain itu, dia turut berharap orang ramai dapat mendoakannya agar terus istiqomah atas penghijrahan ini.

Dia juga mengakui masih dalam fasa belajar kerana tidak tahu sama ada kuat ataupun tidak dalam mengenakan purdah.

“Saya kongsikan gambar di Instagram sebelum ini bukan untuk menunjuk, sebaliknya mengharapkan doa daripada keluarga, rakan-rakan dan pengikut Instagram saya.” kongsinya.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *