Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

MALAYSIA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjalani kuarantin secara sukarela selama 14 hari selepas menjadi kontak rapat dengan Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii yang disahkan positif koronavirus baharu (Covid-19).

Difahamkan, Dr Mahathir pernah mengambil gambar bersama Kelvin dalam satu majlis, baru-baru ini.

Menurut Dr Mahathir, beliau mengikut arahan dan sanggup berkurung selama 14 hari supaya jangkitan wabak itu tidak merebak kepada orang lain.

“Ini pengalaman saya sekarang ini, terkurung di rumah tidak boleh keluar, tidak boleh jumpa sesiapa pun, tidak boleh bersalam dengan orang tapi Alhamdulillah tidak begitu berat bagi saya.

“Orang ramai juga tidak perlu pulang ke kampung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam satu klip video yang dikongsi eksklusif bersama Buletin Utama TV3, hari ini.

Dr Mahathir turut menasihati orang ramai yang mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19 supaya mematuhi tempoh kuarantin.

“Kita mesti berjaga-jaga dan mengawal diri kerana tempoh 14 untuk ‘mengurungkan’ diri adalah untuk kebaikan bersama.

“Ini usaha kita menunaikan ajaran agama iaitu kita perlu berusaha sendiri sebelum berdoa dan solat hajat kita dimakbulkan oleh Allah.

“Bukan balik kampung atau tinggal di kampung tetapi tinggal di tempat kita berada sekarang, tidak (perlu) balik kampung kerana kalau kita balik, seolah kita bercuti, mungkin kita bawa penyakit (Covid-19) ini ke kampung dan (jika) di kampung kita tak jaga diri kita, maka orang kampung pula dapat sakit, oleh itu jangan balik kampung,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *