Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Seakan menjadi trend sekarang di mana bercakap dalam loghat utara sehinggakan mendapat tumpuan penyanyi terkenal Yuna. Memiliki suara yang merdu sehinggakan membawa namanya ke peringkat antarabangsa.

Yuna atau Yunalis binti Mat Zara’ai ini sebenarnya pandai bercakap dalam loghat utara kerana beliau dilahirkan di Alor setar dan kini menetap di luar negara.

Video yang berdurasi kurang dari 45 saat di laman Twitter milikinya ini menunjukkan dirinya mengajar bercakap dalam loghat Perlis.

Apa yang menghiburkan orang ramai, Yuna bukan sahaja bercakap malah melakukan juga mimik muka yang sememangnya buat ramai yang berdekah.

Dalam video ini, Yuna membuat terjemahan loghat Perlis dalam bahasa Inggeris. Jom dengar cara Yuna mengajar loghat Perlis ini.

Paling menghiburkan apabila Yuna mengeluarkan ayat ‘namapataw’ yang membawa maksud nama apa tak tau (selalunya digunakan untuk mengorat).

Video yang dimuatnaik ini mendapat lebih dari 420 ribu penonton dan 32 ribu tanda suka daripada orang ramai. Rata-rata warganet turut meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini.

Jom baca komen netizen

Yuna soo melayu tau buat macam ni. Sukaaa

 

Yay for Tik Tok Yuna

 

Hi, namapataw

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Yuna Zarai via Siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *