Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pelakon Aiman Hakim Ridza beri bayangan bahawa dia dan tunangnya, Zahirah Macwilson bakal disatukan pada 20 Februari ini.

Aiman menerusi akaun Instagram miliknya telah menulis nukilan cinta buat Zahirah berserta tanda pagar yang tertera nama gabungan mereka serta tarikh penting iaitu 20 Februari 2020.

Menerusi entri tersebut, Aiman memuat naik gambar manis mereka berdua yang menunjukkan seperti foto pra-perkahwinan.

Save the date

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang percaya mereka bakal disatukan pada 20 Februari ini.

Sebelum ini, pasangan ini terdahulu mengadakan sidang media dan memberithau mereka bakal bernikah pada Februari tahun ini, namun tarikh sebenar masih belum didedahkan.


Terdahulu, Aiman dan Zahirah telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2019 iaitu selepas pasangan ini berkongsi gambar majlis tersebut di akaun media sosial masing-masing.

Apa pun Tahniah! Semoga dipermudahkan segala urusan nanti dan semoga bahagia hingga ke jannah.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *