Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selepas tiga hari mendirikan rumah tangga, pelakon Zarina Anjoulie berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan yang diadakan serba ringkas untuk tatapan pengikutnya di Instagram.

Pelakon berusia 32 tahun itu turut memuat naik gambar bersama keluarga suaminya Eilyas Azhar dengan meluahkan rasa sayang terhadap kedua ibu bapa mentuanya.

“I love my family ! Thank you so much and alhamdullilah. Eilyas Azhars side family. Saya sayang parents mertua saya. I’m truly blessed,” katanya.

Gambar itu mengundang perhatian warganet untuk memberikan lebih 500 komen, selain 57.4K tanda suka diraih pada posting berkenaan.

Segelintir netizen berpendapat bahawa wanita kacukan Melayu, Iran dan Scotland itu sangat beruntung apabila diterima keluarga suaminya tanpa menilai baik buruk yang dilakukan.

Malah rata-rata mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas ikatan halal itu dan mendoakan agar pasangan tersebut mengecapi bahagia hingga ke syurga.

Semoga anju terbuka hati untuk berubah

Itulah rezeki yang tak semua orang dapat

Hidayah milik Allah

Zarina pernah berkahwin dengan lelaki berasal dari Brunei pada tahun 2015, namun bercerai setahun selepas itu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Awangku Gabriel Martin Ezra.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: OMM via Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *