Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Bagaikan dalam mimpi, pemergian mengejut Abam sehingga ke hari ini masih memberi kesan yang mendalam buat kita semua, terutama sekali dua rakan seperjuangan arwah iaitu Achey dan Fad.

Dikenali sebagai trio lawak yang terkenal, keserasian antara mereka bertiga dalam berjenaka sentiasa mendapat tempat di hati para peminat.

Bertiga itu sementara…

Selalunya kemunculan mereka sering membuatkan kita tertawa, namun kini sebaliknya yang berlaku. Menerusi satu perkongsian di IG, Fad & Achey telah memuat naik video momen ketika mereka bersama-sama menziarahi kubur arwah.

Bocey itu selamanya

Lebih memilukan lagi, Fad dan Achey menerusi kapsyen dilihat, cuba menguatkan semangat mereka demi mengekalkan Bocey, meskipun tanpa Abam.

Rindu kat arwah…

Berlatarkan lagu nyanyian arwah Abam, ‘SiKasih’, video tersebut nyata meruntun jiwa ramai. Rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak di dada melihat kasih sayang Fad dan Achey terhadap arwah.

 

Kalau dengar lagu ni mesti nak nangis

Sayu je hati bila tengok

Mata masuk habuk

Apa kata anda? Dah baca jangan lupa like share dan komen. Terima kasih\

Sumber: omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *