Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Tindakan pelakon, Zul Yahya memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya yang memaparkan beberapa jemaah sedang menunaikan solat mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Menurut pelakon berusia 47 tahun itu, dia meluahkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk merapatkan saf antara jemaah ketika mengerjakan Rukun Islam yang kedua itu.

“Alhamdulillah kami masih rapatkan saf, masih lagi terasa nikmat… MasyaAllah banyaknya komen, yang komen negatif tu baca apa yang ditulis pada belakang baju tu,” tulisnya.

Rakaman video berdurasi tujuh saat itu dihujani hampir 500 komen warganet dimana segelintir individu mengkritik tindakan Zul selain menegur supaya tidak perlu berkongsi perkara tersebut di media sosial.

Tak payah kongsi, nanti kena kompaun


Nanti jadi fitnah pada agama…

Bagaimanapun, rata-rata mengambil dari sudut positif yang mengakui rindu melihat suasana solat jemaah yang merapatkan saf sebelum berlaku wabak Covid-19.

Allah jaga kita, bukan kita jaga kita


Kalau yakin takde virus, boleh je dirapatkan


Ini yang kita mahu tengok!

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Zul Yahya via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *