Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Menjadi seorang ibu tunggal yang diceraikan suami ketika masih sedang mengandung sememangnya satu tamparan yang sangat hebat kepada seorang wanita.

Lebih-lebih lagi apabila anak yang dikandung turut dihina dan tidak diakui keturunannya. Perkara itu pastinya meninggalkan bekas luka yang tidak terperi kepada seorang wanita.

“Dulu masa aku bersalin, kau doakan aku mati”

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter yang juga seorang ibu tunggal, dia telah meluahkan keadaan bekas suaminya yang ‘kemaruk’ mahu berjumpa anak mereka sedangkan sebelum ini dia tidak mengakui bayi tersebut.

Menurutnya lagi, bekas suaminya turut pernah mendoakan agar dia meninggal dunia semasa bersalinkan anak mereka. Namun, atas kuasa Allah, bayi tersebut lahir benar-benar seiras dengan wajah bekas suaminya.

“Kenapa sekarang kau nak menggelabah nak mengaku ni anak kau”

Susulan daripada itu, wanita tersebut memberitahu bahawa bekas suaminya seboleh-boleh mahu berjumpa dengan bayi mereka sedangkan sebelum ini dia menuduh wanita tersebut mengandungkan anak orang lain.

“Jangan sampai kau kahwin semula tak dapat zuriat”

Dalam kenyataan wanita itu lagi, dia memberi peringatan kepada bekas suaminya agar berhati-hati dengan percakapan agar suatu hari nanti apabila dia ingin berumantangga semula, dia tidak dikurniakan zuriat berikutan tutur katanya sebelum ini.

Tambah pengguna Twitter itu, dia begitu menderita ketika mengandung kerana terpaksa berurusan dengan mahkamah ketika proses penceraian kerana bekas suami tidak mahu bekerjasama.

“Aku diam, kau burukkan aku”


” Sorry ada kata kesat..”

Diakhir perkongsiannya itu, wanita tersebut memberitahu bahawa diceraikan talak tiga oleh pasangannya. Dia juga memohon maaf andai kata-kata yang digunakan agak kasar kerana hatinya bergitu terluka dengan apa yang berlaku.

Awak layak dapat yang lebih baik

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berpihak kepada wanita itu. Mereka juga berasa simpati dengan nasib yang menimpa iu tunggal itu diatas tindakan bekas suaminya.

Tak semua orang kuat macam you

Dunia dah terbalik aku rasa

Apa kata anda? Dah baca sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM via  MissErinKayy 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *